Tuesday, September 29, 2015

Cipta Bahagia:- cantik di luar cantik dalaman


couple-holding-handsPASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.



Monday, September 21, 2015

Bahagia vs Duit


"Ada duit baru la sayang, baru la cinta, baru la tenteram..."

Ayat di atas seringkali kita dengar dan sejauh manakah kebenarannya? 

Kebenarannya akan wujud apabila seseorang itu merakamkan kata-kata itu di minda nya dan mula mempercayainya. Apabila terjadi sesuatu hal penilaian akan berdasarkan apa yg dia percayai tanpa ingin mengetahui atau menyiasat lebih dalam lagi..

Apakah makna sayang pada anda?
Apakah pula makna duit bagi?
Apakah persamaan yg dimaksudkan sayang bila ada duit?
Adakah dengan ada nya duit baru wujudnya perasaan sayang?
Apakah kaitan sayang dan duit?

Soalan-soalan di atas dpt menjelaskan pd diri anda tentang penyamaan 
"Ada duit baru la sayang, baru la cinta, baru la tenteram.."





Friday, September 18, 2015

Tadahan mandian kasih sayang



Di rumah saya dah lama amalkan mandian tadahan.. Dlm ini saya campurkan garam bukit dan titisan aroma..

Bagi memastikan aura diri terjaga...

Di sebalik tadahan ini ada sesuatu yg menyentuh hati saya.. Saya sering menyediakan air tadahan ini utk saya dan apabila habis akn di isi semula utk kegunaan suami...

Apabila lama kelamaan menjadi satu cara ikutan apabila suami akan mula tadah air utk kegunaan saya setelah beliau habis menggunakannya..

Terapan kasih sayang bermula dari apa yg kita lakukan.. Apabila kita ingin di layan sempurna kita harus melayani dengan sempurna.

#HayatiRamlan
#ciptakeluargabahagia