Saturday, July 25, 2015

SENYUMAN PAGI

Senyuman memberi kan energi yang tinggi buat diri kita.

Bangun pagi dan berikan senyuman pada diri di hadapan cermin untuk anda serap energi yang sangat tinggi..

Energi yang tinggi yang wujud di dalam diri kita bisa tempias kepada orang-orang di sekeliling kita terutama suami dan anak-anak.

Kuasa senyuman bisa membuatkan keceriaan buat seluruh anggota keluarga anda.
Kuasa senyuman bisa membuat si suami teringat kan anda sepanjang hari begitu juga anak-anak.
Kuasa senyuman bisa membuatkan suami anda hilang stress dan bersemangat menghadapi cabaran tugasan harian.
Kuasa senyuman membebaskan anda dari masalah dan penyakit.

USAH BIARKAN Kekalutan dan kesibukkan harian sehingga kita lupa senyuman.




Wednesday, July 22, 2015

MATLAMAT DALAM PERHUBUNGAN



Setiap perhubungan yang terjalin, perlu mengutamakan matlamat dalam perhubungan yang di bina. Matlamat yang nyata dan jelas bagi kedua-dua belah pihak. Perbincangan ini harus di lakukan dan mendapat keputusan yang sama dan di persetujui sepenuhnya.

Matlamat yang berbeza bakal menyebabkan rumah tangga yang goyang.

Ini adalah kerana matlamat mendorong perbuatan, tindakan, kata-kata dan cara bagaimana setiap hari dan setiap masa ia berjalan tanpa kita sedari.

Perbezaan ini akan melahirkan perbezaan cara dan tindakan pasangan yang boleh menyebabkan perselisihan fahaman dan merasa kekurangan.

Cinta, kasih dan sayang boleh wujud bila-bila dan ia juga boleh hilang bila-bila. Ia wujud dan lahir dari layanan dan kata-kata dan ia juga boleh hilang dengan layanan dan kata-kata jua..

Ada pasangan yang ragu-ragu untuk membincangkan topik ini, dan ada diantara nya tidak tahu menjawab soalan ini. Ini adalah kerana perhubungan yang terjalin itu kerana suka, sayang dan cinta dan masih belum jelas apa yang dia mahukan dalam kehidupan.

Matlamat yang jelas akan mencegah dari kecurangan. Kecurangan wujud di sebabkan apa yang di mahukan tidak dapat di penuhi dan apa yang di mahukan ini tidak dapat di bincangkan bersama pasangan.

soalan:- APAKAH MATLAMAT ANDA DALAM HUBUNGAN YANG DI JALINKAN?





Wednesday, July 8, 2015

KATA-KATA AJAIB WUJUDKAN KEBAHAGIAAN



Tahukah anda ada 3 kata-kata ajaib yang mampu mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

ucapkan lah:-

-terima kasih/ thank you
menghargai setiap tindakan dan usaha pasangan anda

-maaf/ i'm sorry
jika ada silap yg mengganggu emosi pasangan ringankan untuk memohon maaf.

-sayang/cinta/ i love you
kerapkan sebut perkataan sayang dan cinta agar ianya tersemai semaki kembang dan berkembang setiap hari

Walau bagaimana pun

-satu nada suara yang keras boleh mewujudkan kebencian
-satu ayat yang di lontarkan tanpa berfikir panjang boleh membuat keadaan celaru
-satu ayat yang kurang sopan membuat cinta menjadi hambar

Nada suara serta pilihan perkataan sangat penting bagi mengekalkan keharonian dan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Pentingnya komukasi yang baik dalam perhubungan.


Cht Hayati Ramlan