Sunday, June 28, 2015

Apakah yang anda fahami tentang hipnosis?



Apakah yg anda faham tentang Hipnosis.? 

Pada pandangan sesetengah orang, ilmu hipnosis dikaitkan dengan pukau.  Mungkin benar, dan mungkin tidak.  Ini adalah kerana, perjalanan dan cara pelaksanaan hipnosis kelihatan seperti memukau seseorang, namun sebenarnya ia tidak bersifat pukauan.
Hipnosis berlaku dalam keadaan diri kita berada dalam keadaan yang tenang.  Berada antara jaga dan tidur.  Tidak dan bukan tidur sepenuhnya seperti terkena pukauan.  Lantaran itu, hipnosis tidak boleh dianggap seperti ilmu pukau.
Semasa hipnosis dilakukan, diri kita akan kelihatan seperti ‘tidur’, tetapi kita masih mampu untuk mendengar dan berinteraksi.  Dari segi sains kuasa minda, hipnosis adalah cara untuk memasuki ke alam minda separa sedar seseorang dengan cara menghipnosis individu tersebut.  Pada ketika itu, kita boleh mem’program’ seseorang itu mengikut apa yang dikehendakinya.
Satu contoh program yang dapat dilakukan melalui hipnosis adalah menghilangkan ketagihan merokok.  Umum telah tahu bahawa seorang perokok amat sukar untuk menghentikannya.  Ini adalah kerana, tubuh badannya telah memprogramkan bahawa dia perlu mengambil rokok pada ketika dan masa tertentu.  Jika tidak mengambil rokok maka ketagihan akan berlaku, kedudukan dirinya menjadi tidak senang dan tenteram selagi tidak menyedut asap rokok.  Ini menunjukkan bahawa badannya telah diarah oleh minda untuk menerima rokok pada ketika itu.  Melalui hipnosis, diri perokok boleh diprogramkan semula untuk menghentikan tabiat itu.  Keadaan ini berlaku apabila minda separa sedar perokok tersebut diaktifkan dan diberikan saranan untuk meninggalkan tabiatnya itu.

Hipnosis adalah satu situasi dan fenomena semula jadi dan natural. 

Kepada isteri-isteri di luar sana, yang mempunyai seorang suami yang merokok dan memerlukan rawatan untuk berhenti rokok boleh hubungi talian di bawah:-

KUALA LUMPUR
Clinic Hypnotherapy
Smart Excel Consultant
Cht Che Qiim 019-2044036
Cht Mr K        019-3897580

JOHOR
Clinic Hypnotherapy
Myra Alternative Solutions
Cht Datin Hayati  010-4076340




Saturday, June 27, 2015

MENGENAL KELEBIHAN DERIA ANDA, PASANGAN DAN ANAK-ANAK ANDA

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR KENAL PASANGAN ANADA DAN ANAK-ANAK ANDA?

JOM KITA SEMAK.... LIHAT JAWAPAN ANDA.. YANG MANA SATUKAH KELEBIHAN MAXIMUM DERIA ANDA? V,A ATAU K?

TEKNIK 1 : MEMUKAU PASANGAN ANDA DENGAN KOMUNIKASI KEDERIAAN (VAKOG)

1. Selepas ujian atau peperiksaan, anda lebih suka mengetahui keputusan yang anda peroleh dengan cara:
V) Keputusan dipampang di papan kenyataan.
A) Mendengar pengunguman dari guru.
K) Guru mengedarkan kertas ujian yang telah ditanda kepada anda.

2. Jika seseorang bertanya arah bagaimana untuk pergi ke satu tempat, anda akan:
V) Lakar atau beri peta kepada orang tersebut.
A) Beritahu orang tersebut arah perjalanan yang betul.
K) Pergi ke tempat tersebut bersama orang itu.

3. Adakah anda lebih suka jika cikgu anda:
V) Menunjukkan data dalam bentuk diagram, carta atau graf?
A) Membuat perbincangan berkumpulan atau memberikan soalan?
K) Memberikan demonstrasi, model atau latihan praktikal?

4. Saya suka laman web yang mempunyai:
V) Rekabentuk dan visual yang menarik.
A) Saluran audio agar saya boleh mendengar muzik sambil melayari internet.
K) Penerangan interaktif atau permainan yang boleh dicuba.

5. Anda perlu menyampaikan ucapan dalam suatu majlis keramaian. Anda akan:
V) Lakar diagram atau graf untuk membantu penerangan anda.
A) Tulis ucapan tersebut dan baca berulang kali sehingga anda ingat.
K) Mengumpul banyak contoh dan cerita untuk membuatkan ucapan anda menjadi lebih baik.

6. Selain harga, apakah yang mempengaruhi keputusan anda untuk membeli sebuah buku cerita/novel?
V) ‘Cantiklah kulit buku ni...’
A) Kawan anda berkata ‘belilah buku ni. Baguuuus...’
K) Buku tersebut ditulis berdasarkan kisah benar.

7. Anda baru belajar menggunakan playstation. Anda belajar dengan cara:
V) Melihat gambarajah dalam buku manual yang disertakan dengan playstation tersebut.
A) Bertanya dengan kawan.
K) Kaedah cubajaya dengan menekan-nekan punat pada controller.

8. Anda ingin memilih makanan di sebuah restoran. Anda pilih berdasarkan:
V) Lihat apa yang pelanggan lain disekeliling anda sedang makan.
A) Saranan kawan anda atau pelayan.
K) Hidangan yang anda pernah makan (atau selalu makan dirumah).

9. Jika anda menonton wayang, anda pilih untuk menonton suatu cerita itu kerana:
V) Iklan tentang filem tersebut yang menarik.
A) Ramai orang berkata bahawa cerita tersebut bagus.
K) Anda suka dengan pelakon dalam cerita tersebut.

10. Anda dan kumpulan anda sedang berbincang untuk berkelah ke satu tempat, anda suka idea
yang disertakan dengan:
V) Gambar tentang tempat tersebut.
A) Alamat, nombor telefon tempat tersebut agar senang untuk bertanya soalan.
K) Peta agar anda tahu bagaimana untuk ke tempat tersebut.

11. Jika anda ingin membeli kain / baju-T, anda akan beli baju berdasarkan:
V) Bentuk dan warnanya menarik.
A) Jurujual berkata ‘baju ini sesuai dengan anda’.
K) Kain/baju itu selesa dipakai.

12. Anda tidak pasti sama ada suatu perkataan itu di eja `advise' atau `advice'. Anda akan:
V) Bayangkan perkataan tersebut dalam minda dan pilih yang nampak lebih sesuai bagi anda.
A) Bezakan bunyi kedua-dua perkataan disebut dan pilih salah satu.
K) Pilih salah satu dengan cara baling dadu.

13. Haiwan peliharaan saya:
V) Cantik warnanya.
A) Suaranya merdu / sedap didengar.
K) Suka bermain dan amat lincah.

14. Kawan anda:
V) Selalu nampak kemas.
A) boleh membuatkan anda tenang dengan kata-katanya.
K) Mempunyai semangat berpasukan dan energetik.



Wednesday, June 24, 2015

UBAH SIKAP PASANGAN



Adakalamya terdengar keluhan pasangan yang terasa hati dengan sikap pasangannya.

Bagaimana ingin mengubah sikap pasangan yang kasar kpd baik?

Kita sering di peringatkan bahawa kita tidak boleh mengubah oorang lain tetapi kita boleh ubah diri kita.

Hakikat realiti nya, jika kita memahami teknik hipnosis kita dapat membantu org lain berubah tanpa paksaan dan yang pastinya perubahan yang benar-benar ikhlas dan bersifat semulajadi.

Untuk membantu pasangan kita berubah kelakuan haruslah bermula dari tindakan kita, percakapan kita, cara pemikiran. Maksudnya ia tetap bermula dari diri kita dulu.

Bagaimana cara kita melayani dia, bagaimana cara kita bertindak, bagaimana cara kita berfikir lama kelamaan akan menjadi ikutan pasangan.

Bila kita lihat, dan dengar pasangan muda sekarang yang menggunakan bahasa kasar & teguran serta sikap yg kasar di dalam perhubungan dan tidak di nafikan di sini lah punca utama mengapa kes cerai kian meningkat. 

Fikirkan semula bagaimana seorang suami boleh berlaku lembut kepada isteri yang kasar. Mungkin ada segelintir lelaki yang boleh bersabar. Lelaki mempunyai satu ego yang tinggi, tetapi di sebalik keegoaan ada kelembutan kasih sayang.

Kuncinya:-

Bagaimana kita mahu di layan begitulah kita harus melayan.

Bagaimana kita mahu dia bersabar kita harus tunjukkan kesabaran itu..

Hipnosis perlakuan, percakapan & cara pemikiran akan wujud diantara 2 individu tanpa di sedari bila ianya berlaku.

Cht Hayati Ramlan