Saturday, April 15, 2017

Matlamat Cinta



CINTA, CINTA, CINTA DAN CINTA… 

Kita sering saja diperdengarkan dengan istilah cinta dan permasalahan cinta. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang mengkaji apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CINTA. Sebaliknya, ramai dalam kalangan kita yang hanya ingin menikmati rasa cinta sedangkan ada yang tersurat dan tersirat dalam rasa cinta itu. Mereka dengan mudahnya memperoleh cinta, sedangkan hakikatnya rasa cinta itu paling sukar untuk dinilai, ditafsir, dimiliki dan diungkapkan. Dan mereka inilah golongan yang tidak pernah rasa puas dengan hanya memiliki satu rasa cinta, bahkan mereka inilah yang tidak pernah mengerti apa itu kesetiaan, penghargaan dan kejujuran dalam sesuatu hubungan.

Sesuai dengan peredaraan masa, kita dapat melihat dan mendengar tentang kes-kes yang berkaitan dengan cinta. Persoalannya, adakah itu cinta? Ataupun nafsu? Kes-kes seperti ini berlaku kerana mereka yang bercinta ini tidak mempunyai matlamat. Apakah ada dalam kalangan kita yang mempunyai matlamat dalam bercinta? Jika jawapannya Ya, apakah sesuai matlamat kita itu dengan tuntutan syara’? Jika Tidak, apakah kita tidak serius dalam bercinta?

Dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, seharusnya kita meletakkan matlamat agar perkerjaan itu tidaklah menjadi sesuatu yang sia-sia atau merugikan masa dengan melakukannya. Sebagai contoh, bila kita makan. Apakah matlamat kita untuk makan? Untuk membekalkan tenaga atau untuk menghilangkan rasa lapar atau untuk mengelakkan daripada dapat penyakit. Atau adakah di antara kita yang makan hanya untuk suka-suka. Tak ada matlamat langsung. Hanya sekadar menurut hawa nafsu.

Begitulah juga dengan tidur. Adakah kita tidur hanya untuk suka-suka. Sudah tentu tidak kan. Sudah semestinya kita tidur kerana ingin merehatkan badan dari keletihan, betul tak. Kalau begitu, mengapa kita tidak meletakkan matlamat ketika kita melafazkan cinta kepada seseorang, sama ada lelaki atau perempuan. Adakah kita menganggap cinta itu satu permainan ataupun sekadar membuang masa. Jika itu yang bermain di fikiran, seeloknya kita ubahlah ia dengan tanggapan yang baik terhadap cinta.

Namun begitu, matlamat yang ingin diletakkan sebelum melafazkan cinta seharusnya bersesuaian dengan syara’ dan tidak melanggar hukum-hukum yang ditetapkan dalam Islam. Cinta yang mempunyai matlamat bukan sahaja menjamin kebahagian dalam jangka masa yang pendek, tetapi InsyaAllah kebahagiaan yang berterusan sehingga ke akhirat.

Pernah kita terfikir apakah kesannya jika cinta itu tiada matlamat? Sukar untuk dicapai dengan akal atau sukar untuk dibayangkan betapa besarnya kemusnahan yang akan berlaku jika cinta yang disebarkan itu tiada matlamat. Antara kesannya ialah mudah untuk berlaku pergaduhan antara lelaki dan lelaki atau perempaun dan perempuan hanya kerana gagal memiliki cinta yang direbutkan. Cuba kita fikirkan, apakah yang kita perolehi daripada memiliki cinta yang tiada matlamat? Adakah kita merasa puas jika memiliki cinta itu? Atau adakah kita merasakan bahagia jika memiliki cinta kosong itu?

Sudah tentu ramai yang mengatakan tidak. Kerana apa? Kerana ramai di antara kita yang menginginkan kebahagiaan dalam setiap perhubungan. Bagaimana mungkin kita memiliki kebahagian jika pekerjaan yang kita lakukan itu tidak mempunyai matlamat. Matlamat sebenarnya bukanlah setakat penting untuk kita peroleh sesuatu daripada apa yang kita usahakan. Tetapi, matlamat adalah bertujuan untuk kita menjadikan setiap perkara yang kita lakukan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup mereka adalah mereka yang mempunyai matlamat. Matlamat dalam hidup akan menjadikan manusia itu lebih bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu yang ingin dilakukan. Jika hidup tanpa matlamat, ibarat seorang perenang yang berenang di tengah-tengah lautan di mana dia sendiri tidak tahu manakah hala tujunya. Matlamat juga boleh diumpamakan seperti kunci dalam sesebuah kejayaan.

Begitu juga dalam percintaan. Matlamat adalah kunci kepada kebahagiaan dalam perhubungan. Tetapi, seandainya matlamat yang dipendam itu berunsurkan perkara yang negatif, apalah guna ia menjadi matlamat. Sedangkan itulah yang akan menghancurkan hidup kita. Jika matlamat kita adalah untuk mengharapkan keredhaanNya, nescaya kebahagiaan dunia dan akhirat yang akan kita peroleh. Bukan susah untuk kita memperoleh keberkatan dariNya sekiranya kita tidak melakukan perkara yang dilarang. Dan bukan susah juga untuk kita memperoleh kemurkaaNya sekiranya kita melakukan apa yang dilarang dalam berhubungan. Apa yang penting adalah matlamat yang bersih. Jika kunci yang kita miliki itu bersih dan suci, insyaAllah kejayaan dan kebahagiaan yang diimpikan itu akan memberi kebaikan kepada diri sendiri.

 

Nota: Kepada lelaki yang sedang mencari cinta, carilah bakal isteri yang benar-benar mencintaimu nescaya akan selamatkanlah kamu dari fitnah mereka. Dan janganlah kamu mencari isteri kerana kamu mencintainya, kerana itu akan menyusahkanmu. Kepada isteri yang sedang mencintai dan dicintai suami, cintailah suamimu seadanya kerana itulah yang lebih baik bagimu. Dan janganlah kamu mencintai suamimu kerana harta, pangkat ataupun darjat, nescaya itulah pembinasa hidupmu suatu hari nanti. Kepada cinta yang sedang berterbangan mencari pohon-pohon kasih, carilah pohon-pohon yang padanya ada cahaya-cahaya keimanan yang akan menjanjikan kebahagiaan buatmu di dunia mahupun akhirat.

Doa: Ya Allah, jika dia benar untuk, dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Jika dia bukan milikku, damaikanlah aku dengan ketentuanMu dan tetapkanlah aku dalam agamaMu.

Thursday, January 26, 2017

Hadiah dari Allah




Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.

Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.

Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.

Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.

Suami.. dia milik Ilahi.
Dia akan pergi suatu hari nanti..
Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?

Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.

Saturday, July 2, 2016

percintaan isteri orang dengan suami orang

kasih haram, percintaan isteri orang dengan suami orang.



kasih dan cinta ini memang benar anugerah ALLAH tetapi tetap menjadi pilihan kita untuk meletakkannya di mana.

andai kita telah punya suami, telah punya isteri tetapi kita tidak kasih kepada suami kita, kepada isteri kita sebaliknya kasih kita kita beri kepada suami orang atau kepada isteri orang, maka itu adalah kasih yang haram statusnya.

jika berkasih dengan suami orang yang sudah jelas akan mengambil kita sebagai isteri seterusnya dia , mungkin dibolehkan tetapi  itu, andai jika kita itu bujangan tetapi bagaimana jika kita sebenarnya adalah seorang isteri, apatah lagi jika telah punya anak? bukankah hukumnya haram dan murka ALLAH sahaja yang kita akan dapat , bukannya cinta dan kebahagiaan sejati..

saya kata begini, kerana ada banyak kes yang datang pada saya, masalahnya adalah isteri orang bercinta dengan lelaki lain, selalunya suami orang, atas alasan suaminya sekarang bukan cinta sejati, tidak pandai membelai, kasar dan melayannya seperti hamba abdi.

lalu, atas alasan penderitaan , batin dan zahir, maka dia telah jatuh cinta dengan suami orang lain yang lebih pandai melayannya, lebih romantik, prihatin, mengambil berat dan bagai,..

bila telah bercinta haram ini, maka ketahuilah , syaitan lah sebenarnya core penguat kasih, yang memasukkan rasa asyik masyhuk , rasa indah , rasa tidak mampu melupakan , rasa tidak senang duduk andai tidak berjumpa atau mendengar suara, dan bagai,..

mereka dibuai dengan keindahan alam percintaan yang pada mereka inilah kebahagiaan hidup , walau hati tahu ia salah, tapi diri tiada kekuatan untuk memutuskan hubungan.

maka, teruslah dalam kemungkaran ALLAH,.

 

kita lupa sabda rasulullah tercinta,

‘andai kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan lebih banyak menangis dari ketawa’…

kita lupa bahawa hidup ini hanya sementara.

kita lupa bahawa kita hanya mencari perbekalan di dunia yang fana ini buat hidup di dunia yang kekal abadi nanti,

kita lupa bahawa kita hanya hamba.

kita lupa bahawa setiap apa yang ada dalam hati kita akan dihisab ALLAH  nantinya,

kita lupa walau sebesar zarahpun perbuatan kita , tetap akan ada pencatitnya,

kita lupa setiap zarahpun amalan kita, akan diberi balasan setimpal,

kita lupa akan azab seksa neraka,

kita lupa akan kepanasan api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,

kita lupa bahawa penghuni neraka itu 2/3 adalah wanita,.. masyaallah,

kita ingat yang kita akan hidup lebih lama lagi,

kita ingat yang kita akan sempat bertaubat nantinya,

kita ingat yang dunia inilah segalanya.

kita ingat suami kita akan maafkan kita dengan mudah,

kita ingat ALLAH akan mengampunkan kita kerana sifat PengampunNYA itu besar,..

lalu kita teruslah dalam keadaan kita.

nak bertaubat?

mahu, tapi hati tak mampu melupakan kasih haram.

jadi bagaimana penyelesaiannya?

tetap kena berubah dan berhenti.

masih tak mampu?

kena minta bantuan orang yang boleh bantu.

begitu juga dengan orang sekeliling,… orang yang sedar perlu melakukan sesuatu.

tidak boleh orang yang tahu tetapi bersubahat mendiamkan sahaja.

dosa bersubahat tetap milik nya.

beritahu pada suaminya, beritahu pada orang yang mampu menasihatkannya,..

apatah lagi jika suaminya sendiri sedar akan kecurangan isteri, jika tidak melakukan sesuatu, bimbang masuk dalam golongan suami yang dayus, .. masyaallah,.. kerana suami yang dayus tidak akan mencium bau syurga pun apatah lagi untuk memasukinya,..

bantulah  merawat dirinya, minta bantuan rawatan dari orang yang boleh merawat, agar dia kembali ke jalan ALLAH.

ketahuilah betapa besarnya pahala orang yang membawa orang lain ke jalan ALLAH dengan ikhtiarnya.

namun, untuk ikhtiar mendapat kekuatan tidaklah boleh dilakukan sesuatu itu kerana mahukan balasan baik dari ALLAH, sebaliknya ikhtiar yang kita usahakan itu, kita lakukan hanya kerana keikhlasan kita kerana ALLAH swt semata-mata jua. insyaallah.

‘peliharalah dirimu dan keluargamu dari azab neraka ALLAH’

Friday, May 20, 2016

Amalan Bismillah 6


1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2. Luas rezkinya.

3. Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.

4. Menang dalam peperangan.

5. Penerang hati.

6. Diajuhkan dari segala penyakit.

7. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

8. Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

9. Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

10. Aman daripada binatang2 buas.


11. Air laut menjadi tawar.

12. Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

13. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.


14. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.


15. Terselamat dari karam dilaut.


16. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.


17. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.


18. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.


19. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.


20. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.


21. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.


22. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.


Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Friday, March 11, 2016

Hilangkan sakit kepala & stress


Kaedah Meringankan Sakit Kepala atau Stress

Baringkan anak/isteri/suami di riba anda, tangan kanan letakkan dikepalanya sambil picit kepalanya dengan pelahan dan bacakan surah al-fatihah berulang-ulang atau pun selawat syifa' apa yg penting ikhlas.... sehingga dia lega atau tertidur, kucup dahinya dengan penuh kasih sayang, sambil berkata ungkapkan perkataan "sayang".. InsyaAllah sakit kepala/stress akan hilang.

#HayatiRamlan

Saturday, January 16, 2016

Kisah Sangkuriang Sakti


Pada zaman dahulu, di Jawa Barat hiduplah seorang putri raja yang bernama Dayang Sumbi. Ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Sangkuriang. Anak tersebut sangat gemar berburu di dalam hutan. Setiap berburu, dia selalu ditemani oleh seekor anjing kesayangannya yang bernama Tumang. Tumang sebenarnya adalah titisan dewa, dan juga bapak kandung Sangkuriang, tetapi Sangkuriang tidak tahu hal itu dan ibunya memang sengaja merahsiakannya.

 Pada suatu hari, seperti biasanya Sangkuriang pergi ke hutan untuk berburu. Setelah sesampainya di hutan, Sangkuriang mulai mencari buruan. Dia melihat ada seekor burung yang sedang bertenggek di dahan, lalu tanpa berfikir panjang Sangkuriang langsung menembaknya, dan tepat mengenai sasaran. Sangkuriang lalu memerintah Tumang untuk mengejar buruannya tadi, tetapi si Tumang diam saja dan tidak mau mengikuti perintah Sangkuriang. Karena sangat marah pada Tumang, maka Sangkuriang lalu mengusir Tumang dan tidak dibenarkan pulang ke rumah bersamanya lagi.

Sesampainya di rumah, Sangkuriang menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya. Begitu mendengar cerita dari anaknya, Dayang Sumbi sangat marah. Diambilnya sendok nasi, dan dipukulkan ke kepala Sangkuriang. Karena merasa kecewa dengan perlakuan ibunya, maka Sangkuriang memutuskan untuk pergi mengembara, dan meninggalkan rumahnya.  

Setelah kejadian itu, Dayang Sumbi sangat menyesali perbuatannya. Ia berdoa setiap hari, dan meminta agar suatu hari dapat bertemu dengan anaknya kembali. Karena kesungguhan dari doa Dayang Sumbi tersebut, maka Dewa memberinya sebuah hadiah berupa kecantikan abadi dan usia muda selamanya.

Setelah bertahun-tahun lamanya Sangkuriang mengembara, akhirnya ia berniat untuk pulang ke kampung halamannya. Sesampainya di sana, dia sangat terkejut sekali, karena kampung halamannya sudah berubah total. Rasa senang Sangkuriang tersebut bertambah ketika saat di tengah jalan bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik jelita, yang tidak lain adalah Dayang Sumbi. Karena terpesona dengan kecantikan wanita tersebut, maka Sangkuriang langsung melamarnya. Akhirnya lamaran Sangkuriang diterima oleh Dayang Sumbi, dan sepakat akan menikah di waktu dekat. Pada suatu hari, Sangkuriang meminta izin calon istrinya untuk berburu di hutan. Sebelum berangkat, ia meminta Dayang Sumbi untuk mengikat dan merapikan ikat kapalanya. Alangkah terkejutnya Dayang Sumbi, karena pada saat dia merapikan ikat kepala Sangkuriang, Ia melihat ada bekas luka. Bekas luka tersebut mirip dengan bekas luka anaknya. Setelah bertanya kepada Sangkuriang tentang penyebab lukanya itu, Dayang Sumbi bertambah tekejut, karena ternyata benar bahwa calon suaminya tersebut adalah anaknya sendiri.

Dayang Sumbi sangat bingung sekali, karena dia tidak mungkin menikah dengan anaknya sendiri. Setelah Sangkuriang pulang berburu, Dayang Sumbi mencoba berbicara kepada Sangkuriang, supaya Sangkuriang membatalkan rencana pernikahan mereka. Permintaan Dayang Sumbi tersebut tidak disetujui Sangkuriang, dan hanya dianggap angin lalu saja.

Setiap hari Dayang Sumbi berpikir bagaimana cara agar pernikahan mereka tidak pernah terjadi. Setelah berpikir keras, akhirnya Dayang Sumbi menemukan cara terbaik. Dia mengajukan dua buah syarat kepada Sangkuriang. Apabila Sangkuriang dapat memenuhi kedua syarat tersebut, maka Dayang Sumbi mau dijadikan istri, tetapi sebaliknya jika gagal maka pernikahan itu akan dibatalkan. Syarat yang pertama Dayang Sumbi ingin supaya sungai Citarum dibendung. Dan yang kedua adalah, meminta Sangkuriang untuk membuat sampan yang sangat besar untuk menyeberang sungai. Kedua syarat itu harus diselesai sebelum fajar menyingsing.

Sangkuriang menyanggupi kedua permintaan Dayang Sumbi tersebut, dan berjanji akan menyelesaikannya sebelum fajar menyingsing. Dengan kesaktian yang dimilikinya, Sangkuriang lalu mengerahkan teman-temannya dari bangsa jin untuk membantu menyelesaikan tugasnya tersebut. Diam-diam, Dayang Sumbi mengintip hasil kerja dari Sangkuriang. Betapa terkejutnya dia, karena Sangkuriang hampir menyelesaiklan semua syarat yang diberikan Dayang Sumbi sebelum fajar.

Dayang Sumbi lalu meminta bantuan masyarakat sekitar untuk menggelar kain sutera berwarna merah di sebelah timur kota. Ketika melihat warna memerah di timur kota, Sangkuriang mengira kalau hari sudah menjelang pagi. Sangkuriang langsung menghentikan pekerjaannya dan merasa tidak dapat memenuhi syarat yang telah diajukan oleh Dayang Sumbi.

Dengan rasa jengkel dan kecewa, Sangkuriang lalu memecah bendungan yang telah dibuatnya sendiri. Karena jebolnya bendungan itu, maka terjadilah banjir dan seluruh kota terendam air. Sangkuriang juga menendang sampan besar yang telah dibuatnya. Sampan itu melayang dan jatuh tertelungkup, lalu menjadi sebuah gunung yang bernama Tangkuban Perahu. 


Lirik lagu: Sangkuriang 


Nun dupa mengalun
Buka tabir purbakala
Riwayat Priangan
Ibu yang menanggung malang

dipercinta oleh
Putra sangkuriang sakti
Walau mengetahui
Itu ibunya sejati

Agar dapat
berlari di gelap malam
dimintanya menyiapkan
Tlaga dan prahu semalam

Nur di timur fajar
Tiba sebelum waktunya
Sangkuriang putra
Tak menepati janjinya