Wednesday, July 22, 2015
MATLAMAT DALAM PERHUBUNGAN
Setiap perhubungan yang terjalin, perlu mengutamakan matlamat dalam perhubungan yang di bina. Matlamat yang nyata dan jelas bagi kedua-dua belah pihak. Perbincangan ini harus di lakukan dan mendapat keputusan yang sama dan di persetujui sepenuhnya.
Matlamat yang berbeza bakal menyebabkan rumah tangga yang goyang.
Ini adalah kerana matlamat mendorong perbuatan, tindakan, kata-kata dan cara bagaimana setiap hari dan setiap masa ia berjalan tanpa kita sedari.
Perbezaan ini akan melahirkan perbezaan cara dan tindakan pasangan yang boleh menyebabkan perselisihan fahaman dan merasa kekurangan.
Cinta, kasih dan sayang boleh wujud bila-bila dan ia juga boleh hilang bila-bila. Ia wujud dan lahir dari layanan dan kata-kata dan ia juga boleh hilang dengan layanan dan kata-kata jua..
Ada pasangan yang ragu-ragu untuk membincangkan topik ini, dan ada diantara nya tidak tahu menjawab soalan ini. Ini adalah kerana perhubungan yang terjalin itu kerana suka, sayang dan cinta dan masih belum jelas apa yang dia mahukan dalam kehidupan.
Matlamat yang jelas akan mencegah dari kecurangan. Kecurangan wujud di sebabkan apa yang di mahukan tidak dapat di penuhi dan apa yang di mahukan ini tidak dapat di bincangkan bersama pasangan.
soalan:- APAKAH MATLAMAT ANDA DALAM HUBUNGAN YANG DI JALINKAN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment