Apakah yg anda faham tentang Hipnosis.?
Pada pandangan sesetengah orang, ilmu hipnosis dikaitkan dengan pukau. Mungkin benar, dan mungkin tidak. Ini adalah kerana, perjalanan dan cara pelaksanaan hipnosis kelihatan seperti memukau seseorang, namun sebenarnya ia tidak bersifat pukauan.
Hipnosis berlaku dalam keadaan diri kita berada dalam keadaan yang tenang. Berada antara jaga dan tidur. Tidak dan bukan tidur sepenuhnya seperti terkena pukauan. Lantaran itu, hipnosis tidak boleh dianggap seperti ilmu pukau.
Semasa hipnosis dilakukan, diri kita akan kelihatan seperti ‘tidur’, tetapi kita masih mampu untuk mendengar dan berinteraksi. Dari segi sains kuasa minda, hipnosis adalah cara untuk memasuki ke alam minda separa sedar seseorang dengan cara menghipnosis individu tersebut. Pada ketika itu, kita boleh mem’program’ seseorang itu mengikut apa yang dikehendakinya.
Satu contoh program yang dapat dilakukan melalui hipnosis adalah menghilangkan ketagihan merokok. Umum telah tahu bahawa seorang perokok amat sukar untuk menghentikannya. Ini adalah kerana, tubuh badannya telah memprogramkan bahawa dia perlu mengambil rokok pada ketika dan masa tertentu. Jika tidak mengambil rokok maka ketagihan akan berlaku, kedudukan dirinya menjadi tidak senang dan tenteram selagi tidak menyedut asap rokok. Ini menunjukkan bahawa badannya telah diarah oleh minda untuk menerima rokok pada ketika itu. Melalui hipnosis, diri perokok boleh diprogramkan semula untuk menghentikan tabiat itu. Keadaan ini berlaku apabila minda separa sedar perokok tersebut diaktifkan dan diberikan saranan untuk meninggalkan tabiatnya itu.
Hipnosis adalah satu situasi dan fenomena semula jadi dan natural.
Kepada isteri-isteri di luar sana, yang mempunyai seorang suami yang merokok dan memerlukan rawatan untuk berhenti rokok boleh hubungi talian di bawah:-
KUALA LUMPUR
Clinic Hypnotherapy
Smart Excel Consultant
Cht Che Qiim 019-2044036
Cht Mr K 019-3897580
JOHOR
Clinic Hypnotherapy
Myra Alternative Solutions
Cht Datin Hayati 010-4076340

No comments:
Post a Comment