Wednesday, June 24, 2015

UBAH SIKAP PASANGAN



Adakalamya terdengar keluhan pasangan yang terasa hati dengan sikap pasangannya.

Bagaimana ingin mengubah sikap pasangan yang kasar kpd baik?

Kita sering di peringatkan bahawa kita tidak boleh mengubah oorang lain tetapi kita boleh ubah diri kita.

Hakikat realiti nya, jika kita memahami teknik hipnosis kita dapat membantu org lain berubah tanpa paksaan dan yang pastinya perubahan yang benar-benar ikhlas dan bersifat semulajadi.

Untuk membantu pasangan kita berubah kelakuan haruslah bermula dari tindakan kita, percakapan kita, cara pemikiran. Maksudnya ia tetap bermula dari diri kita dulu.

Bagaimana cara kita melayani dia, bagaimana cara kita bertindak, bagaimana cara kita berfikir lama kelamaan akan menjadi ikutan pasangan.

Bila kita lihat, dan dengar pasangan muda sekarang yang menggunakan bahasa kasar & teguran serta sikap yg kasar di dalam perhubungan dan tidak di nafikan di sini lah punca utama mengapa kes cerai kian meningkat. 

Fikirkan semula bagaimana seorang suami boleh berlaku lembut kepada isteri yang kasar. Mungkin ada segelintir lelaki yang boleh bersabar. Lelaki mempunyai satu ego yang tinggi, tetapi di sebalik keegoaan ada kelembutan kasih sayang.

Kuncinya:-

Bagaimana kita mahu di layan begitulah kita harus melayan.

Bagaimana kita mahu dia bersabar kita harus tunjukkan kesabaran itu..

Hipnosis perlakuan, percakapan & cara pemikiran akan wujud diantara 2 individu tanpa di sedari bila ianya berlaku.

Cht Hayati Ramlan

No comments:

Post a Comment