Wednesday, October 7, 2015

Kunci kebahagiaan




Kesilapan yg sering membawa kepada pergaduhan apabila kita merasakan, kita fikirkan pasangan kita memahami apa yg ada di dalam hati dan pemikiran kita..

Apabila sesuatu jangkaan tidak menepati dgn apa yang berlaku timbullah rasa tidak puas hati..

Memahami pasangan. Ia bukanlah sesuatu yg mudah kerana anda tidak di lahirkan menjadi seorang tukang tilik atau ahli nujum. Sedangkan setiap manusia mempunyai wayang minda yg berbeza-beza. Apa yg sedang fikirkan tidak mungkin 100% sama dengan apa pasangan kita fikirkan.

Jika berlaku pasangan yg mempunyai harapan yg tinggi dari anda maka anda harus menghargai diri nya.. Mengapa?




Bertanya itu adalah yg terbaik., fahami apa yg sebenarnya berada di dalam wayang minda nya.

Mungkin ia kelihatan janggal dan pelik kerana kita di didik kurang bertanya dan mengikut arahan sejak dari kecil..

Kunci kebahagiaan adalah bertanya dan memahami apa yg tersirat dan tersurat ..


No comments:

Post a Comment