Setiap manusia mempunyai cara pemikiran dan cara tindakan yang berbeza-beza. Namun masih ada persamaan yang general setiap pasangan menunjukkan tanda kasih & sayang nya.
"Semakin anda hargai dirinya semakin si dia menghargai anda.,"
1. Layanan yang istimewa
Hargai pasangan yg melayani pasangan nya dengan layanan yang istimewa. Setiap individu pasti mendambakan balasan sesuatu yg lebih atau sama dari apa yg dia lakukan untuk membahagiakan pasangannya. Jika si dia sanggup melayani anda dgn layanan yg sgt istimewa maka anda juga harus menitik beratkan sesuatu yg akan membuatkan si dia juga terasa di layan istimewa.
Ada diantara pasangan yg mempunyai karier hebat sama ada lelaki atau wanita terbawa-bawa sikap bossy di rumah. Hanya mengharapkan di layanan istimewa dgn balasan layanan yg istimewa tika memerlukan sahaja.
2. Memberi perhatian.
Ambil tahu setiap apa yg pasangan suka dan tidak suka. Hindarkan diri dari menyakiti hati pasangan. Ia bakal mengurangkan kepercayaan yang sedia ada. Bagi mereka yg berkasih sayang perasaan cemburu itu pasti wujud & ia sangat bahaya jika perasaan ini tercuit.
3. Menuruti kemahuan
Jika si dia seorang sangat baik mengikuti kemahuan anda, hindarkan dari menolak kemahuannya. Dia berusaha untuk memperkukuhkan hubungan maka anda juga harus seiring dgn nya...
4. Jaga kata-kata
Ini adalah satu isu yang sangat penting. Kata-kata boleh membuatkan kasih sayang bertambah dan kata-kata juga boleh membuatkan seseorang akan tinggalkan anda tanpa toleh ke belakang lagi.
Betapa pentingnya mengawal emosi anda.,usah biarkan emosi mengawal anda.
5. Jaga penampilan & kebersihan
Setiap pasangan impikan pasangan yang menarik di matanya.
Sygnya ramai diantaranya hanya cantik bersolek di luar rumah tetapi sebaliknya bila berada di rumah.
Bukan hanya cantik tetapi bersih. Diri dan persekitaran haruslah cantik dan bersih. Aroma yang menyegarkan pasti membuatkan pasangan kita selesa dan ceria di sisi.



No comments:
Post a Comment