Thursday, May 28, 2015

SUAMI TAK ROMANTIK?


Isteri kecewa bila suami kurang romantik? wanita sering membayangkan perlakuan, kata-kata serta tindakan dan layanan romantik dari sang suami.. tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya..

Dek kerana impian dan angan-angan itu tidak menjadi kenyataan akhirnya tercetus di hati sang isteri mengatakan si suami tidak mencintainya sepenuh hati..

Apakah kesilapan yang wujud di dalam situasi ini?

Sedarkah kita bahawa kita kurang mengenali pasangan masing-masing?

Bagaimana untuk mengenali pasangan kita?

Pengenalan antara suami isteri bukan sahaja dari sikap, malah kata-kata dan perlakuan. Jika kita mengenali kategori suami ia akan memudahkan kita untuk berurusan dan berkomunikasi.

Percanggahan maksud maklumat yang di sampaikan mewujudkan ketidak sefahaman antara 2 individu.

Dia tak romantik?
Di dalam bayangan anda romantik itu dengan kata2 cinta hadiah dan juga layanan. Bagi sesetengah individu menganggap romantik itu adalah perhatian dan tanggungjawab sebagai suami.

Apa yang berlaku bagi golongan yang berkemampuan wujud satu masalah dimana
Si suami menganggap kemewahan menampakkan dia seorang lelaki yg sangat romantik, tetapi bagi isteri kekayaan bukan lah yg di inginkan tetapi layanan mesra yg di berikan. Kesuntukkan dan kesibukkan menjadi satu isu yang besar.

Kita di lahirkan dengan kelebihan indera yg berbeza-beza.. di kategorikan dengan ringkas iaitu 
1. Visual
2. Auditory
3. Kinestetik



Setiap kategori ini ada kunci kepada penyampaian dan penerimaan yg berkesan. Mengenali dengan lebi dekat pasangan kita akan fahami sememang nya suami kita romantik tapi dengan cara nya..

Kita tidak boleh mengubah orang lain tetapi kita boleh mengubah diri kiita untuk memilih bahagia.
Memahami pasangan itu penting.  Penguasaan anda dalam mempengaruhi kelebihan indera yang ada pada suami anda akan membuatkan di cair dan jadi romantik seadanya..

Teruskan pembacaan anda untu topik seterusnya.. Bagaimana mengenali kelebihan indera yang di maksudkan?


Hayati Ramlan







No comments:

Post a Comment