KAJIAN KES 1
ISTERI HILANG NAFSU TERHADAP SUAMI
Seorang klien datang berjumpa saya mencurahkan isi hati nya bahawa dia telah hilang nafsu terhaap suaminya. Ianya adalah suatu isu yang agak sensitif untuk di bincangkan. Sebagai seorang coach & therapist saya tidak mengamalkan "ramalan" makan saya perlu dapatkan maklumat yg tepat untuk mengetahui punca utama klien.
Langkah pertama saya adalah membawa klien dalam keadaan tenang. iya , kurang dari 1 minit bila melihat cara pernafasannya, cara die duduk dan gerakkan anggotanya memperlihatkan klien mulai tenang. Keadaan tenang memudahkan proses dan langkah yang berikutnya dapat berjalan dengan lancar.
langkah berikut nya adalah sessi soal jawab. Dari sessi soal jawab ini melalui suau proses yang agak panjang demi untuk mendapat punca utama. selalunya klien sukar berterus terang punca yang sebenar tapi menjadi hal-hal remeh temeh sbg punca yg tidak jelas.
Akhirnya apabila di kenal pasti punca klien, di dapati adalah penampilan suami yang agak menjengkelkan dan membuat dia tidak berminat untuk mendekati suami. Persoalannya apakah yang sebenarnya klien mahukan?
Klien mahukan agar nafsunya pulih semula untuk bersama suami kerana dia sayangkan rumah tangga yang di bina lebih dari 10 tahun.
Apa yg klien perlu faham, kita tidak boleh mengubah org lain tetapi kita boleh ubah diri kita sendiri.
Apa yang therapist boleh bantu klien dalam masalah ini adalah membuat satu pattern mengubah dari tidak suka kepada suka. Saya menggunakan teknik "6 steps" bagi membantu bahagian tubuh yang tidak boleh menerima perubahan itu dan menggalakkan otak kreatif untuk membantu bahagian itu agar berubah kepada boleh menerima perubahan. Teknik ini mengambil masa yang agak panjang dan sessi ini berlagsung dalam tempoh 2 jam. sssi ini juga ingin memastikan agar keputusn yang di buat sesuai dengan ekologi diri klien. ini bagi memastikan perubahan itu adalah di buat olehn ya atas persetujuan diri dan tubuhnya. Minda dan tubuh bersependapat dan bertindak seiring.
Di samping itu juga beberapa teknik dan kuasa memujuk suami dalam meningkatkan penampilan agar dapat membantu dalam meningkat keinginan dan keselesaan bersama suami. Komunikasi yang persuasif mampu memberikan kesan yang positif dan bersesuaian dengan cara fikir seseorang.
Dalam tempoh 1 minggu pihak saya akan menghubungi klien untuk mengikuti perkembngan semasa klien dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Lentok gaya suaranya juga berubah. Sebagai therapist saya terseenyum gembira dengan perubahan itu.

No comments:
Post a Comment