Thursday, May 28, 2015

TIPS KEKALKAN KEBAHAGIAAN


Tips kekalkan kebahagiaan...

Mengapa kebahagiaan hanya wujud di awal-awal perkahwinan?

selalu isteri mengeluh dengan perubahan suami dek kebahagiaan yg kian berkurangan. Apa yg selalu di ungkit bila berlaku perbalahan ialah pengorbanan.
Bila sebut soal pengorbanan maka si suami terasa terikat dan terpaksa terima seadanya.. sampai bila suami boleh bertahan?

1) Penampilan
Pernahkah anda terfikir apakah yg menyebabkan suami anda tertarik pada anda di awal pertemuan dulu? begitu juga anda, apa yg membuatkan anda jatuh cinta dengan suami anda? 
Pernahkah anda terfikir tentang Cinta Pandang Pertama?
Di sini pentingnya mengapa penampilan perlu di jaga dan di kekalkan bagi memastikan cinta pandang pertama terus membara..
Berubah mengikut apa yg di minta oleh suami anda? selagi ia tidak melanggar hukum agama ia patut dan perlu anda turuti.. Mengikut keinginan nya akan dapat mempertingkatkan cinta kasihnya pada anda lebih dari hari pertama dia jatuh cinta dengan anda..
Pastikan perubahan yang anda ingin lakukan itu membuatkan pasangan anda betul-betul suka bukan pura-pura suka.

2) Kebersihan
Menjaga kebersihan diri itu sangat penting. Membangkit keselesaan pasangan bersama anda. Bukan sahaja kebersihan diri, malah kebersihan sekeliling untuk mewujudkan suasana yang hormoni, romantis, tenang dan selesa. 
cuba anda bayangkan, rasakan bila anda melihat pasangan anda yg kotor, berbau busuk pada tubuh dan nafas? Adakah anda selesa dengan nya? Bagaimana pula dengan keadaan rumah tangga yang tidak terurus, berselerak, berbau & kotor? Ia akan membuatkan pasangan anda lebih selesa duduk di luar rumah berbanding duduk dengan anda.
Pilih aroma therapy yang boleh menenangkan fikiran anda dan pasangan anda untuk di pasang di ruang anda bersama pasangan anda. Aroma yg menyegarkan dapat membangkit rasa tenang, selesa & romantis.
Pilih wangian yg selesa dengan citarasa pasangan anda.

3) Hubungan
Menjaga hubungan yang baik dengan ahli keluarga pasangan. Lakukan apa yang pasangan kita suka dan elakkan perkara yang membuatkan dia tidak gembira..
Bagaimana anda ingin tahu apa yg ada dlm minda dan hatinya.. Ingat ya anda bukan ahli nujum yang boleh tahu semua apa saja yang ada di dalam fikiran pasangan anda. Maka anda perlu bertanya dan biarkan pasangan anda meluahkan apa yg dia rasa dan fikirkan tanpa perlu ada bantahan atau menyampuk kata-katanya.. terima apa sahaja pandangannya walaupun anda tidak bersetuju.
Cari masa yang sesuai untuk bincang balik pendapatnya yang bertentangan dengan anda.. Bagaimana tekniknya?? kita akan pelajari di nota akan dtg...

4) Hormat menghormati
Hormati setiap pandangan pasangan. Elakkan dari memaksa pasangan mengikut jari telunjuk kita. Beri mereka masa untuk berfikir dan menimbang semula apa sahaja keputusannya. terapkan adab sopan yang tinggi di dalam kehidupan seharian. Ingatlah kita akan di hormati pasangan kita jika kita menghormati dirinya. Hormati masa rehat & beri ketenangan di saat pasangan anda sedang penat pulang dari bertugas. 


5) Jaga Makanan & Minuman
Ini adalah satu perkara yang amat penting. Memastikan pasangan kita makan makanan yang halal. Adalah lebih baik jika pasangan kita makan di rumah kerana kita yakin 100% kebersihan dan kehalalan makanan yang di hidangkan. Makanan yang bersih dan suci akan membentuk sel-sel yang baik dalam tubuh. Jika benda kotor yang memasuki tubuhnya dengan niat untuk pengikat suami ianya hanyalah bersifat sementara apa yg akan berlaku adalah anda tidak akan menikmati kebahagiaan hakiki yang lahir dari dirinya secara tulus & ikhlas. 

HANYA 5 TIPS PENTING DALAM MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN DALAM PERHUBUNGAN.

Ikuti teknik bertanya soalan buat pasangan kita di nota akan datang.

Salam sayang dari,
Hayati ramlan




No comments:

Post a Comment